Want your
own Fotopage?





































 
. . ::Lutfi najwa & waseem's world around makkah:: . .

By: Abu waseem Lokman

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Thursday, 15-May-2008 08:37 Email | Share | | Bookmark
ada Apa pAda Namamu?




Quote:
rules:

Topic given
Write a post regarding the topic or anything related to the topic.
Done?.. list out five names to be TAGGED. So these five people must write a post regarding the topic.
So the five people, been tagged, must start their post writing “I’ve been TAGGED!!”. (Note that the topic of the post depends on you) and in the end list out five names to be TAGGED.


kali ini aku kena tagged.. thanx to maryam!~

Tajuknya simple dan senang.. tapi susah nak tadbirkan ayat supaya maksud itu sampai pada umum.

AdA aPa PadA nAma???
Nama aku mohammad Lotfi. Dalam surat beranak ditulis mohd. Lotfi bin Lokman. Sebab apa Mohd.? Dikira singkatan untuk mohammad. Aku pun tak tahu kenapa emak dan ayah meletakkan nama Mohamad Lotfi. Sebab yang pertama kerana inginkan nama Rasul yang tercinta di hadapan. Sebab yang kedua untuk menyamakan huruf ELLe yang dihapadan nama keluarga kami. Ayah – Lokman, Mak – Laily, Aku – Lotfi, Adik – Lina.

Itu secara umumnya.

Mohammad
Mengenai makna Mohammad, semua pasti sudah maklum. Mohammad kan nama Rasululllah S.A.W. yang terpuji :-

Ketika lahirnya ArRasul S.A.W, datuknya Abdul Mutalib telah berdiri di hadapan setiap manusia dari qabilah Quraisy yang menghadiri jamuan Aqiqah anNabi S.A.W dan bertanyakan soalan pada mereka : "Apakah nama yang sepatutnya aku namakannya?" para hadirin terdiam dan terpaku sambil menumpukan pandangan kepada Abdul Mutalib. "Aku telah menamakannya Muhammad!" maka berpandangan sekalian manusia dari qabilah arab dan terdengar bisikan sesama mereka lantaran nama Muhammad sangat pelik pada pendengaran mereka dan tidak pernah mereka ketahui sebelumnya. Seolah-olahnya Tabaraka wa Ta3ala telah mengilhamkan kepada Abdul Mutalib perkataan Muhammad ini seperti yang telah termaktub di Lauh Mahfuz semenjak terciptanya Adam A.S.

Berdiri salah seorang ahli Quraisy lalu bertanya, "Mengapa engkau ingin menamakannya satu nama yang sangat asing daripada nama moyang engkau?" Abdul Mutalib terdiam sejenak "Aku ingin Allah memujinya di langit dan segala makhluk di bumi.." _sumber buku teks sirah nabawi, m/s 1-34, darjah tiga Sek.Ren. Tg Bariah, Kuala Terengganu.

Untuk nama Lotfi adalah musytaq dari arabic origin Lutf, means :

Kindness
Friendliness
Amiability
Kindliness
Affableness
Mildness
Courtesy
Geniality
Gentleness
Politeness
Civility
Courteousness
Urbanity

Errgghh.. banyak lagi maknanya sebab ramai pentafsir dalam dunia ni. Dalam bahasa mudah kalau orang tanya apa makna Lutfi ni, aku jawab lemah-lembut! :0

Lotfi@Lutfi@Pi@kamitaken@fi@Lokpi@@Lukpi@Bampi@abang@Mohd Lotfi bin Lokman
Seronok kan cakap pasal nama sendiri? Aku boleh tulis 17 mukasurat hanya berbincang mengenai nama aku sahaja. Semua orang sukakan namanya. Sebab nama adalah simbol kepada tuan punya jasad. Perkataan kesebelas dalam matan ajrumiah juga adalah merujuk kepada ism atau nama. Sesungguhnya panggilan itu adalah doa untuk membentuk sifat tuan punya nama. Jadi, berhati-hatilah dalam memberi nama kepada anak anda. Nama yang baik kebiasaannya akan mencerminkan keperibadian yang baik.

Di atas adalah beberapa panggilan peribadi diri aku.

Lotfi – ayub (student umm qura) dan orang yang baru kenal aku akan panggil nama ini.
Lutfi – kawan2 arab kat sini panggil guna lahjah ni.
Pi – kawan2 melayu semua pakat panggil guna perkataan ni.
Kamitaken – nama tercipta untuk kegunaan internet @ nama pena. Senang orang nak ingat dan hafal sebab tak munasabah aku ni mengaji agama tapi guna nama cam jepun @ komik gitu.
Fi – dulu mak tulis dalam diari dia, dia guna perktaan ni. Sekarang hanya seorang sahaja manusia yang panggil aku fi iaitu akashah (student baru umm qura)
Lokpi – Kawan2 dari Terengganu akan gunakan perkataan ini.
Lukpi – kawan2 dari kelantan menggunakan lahjah l dialek ini untuk menyeru aku.
Bampi – adik2 aku kat rumah.
Abang – dulu (kesah lama2) aweks2 panggil aku guna nama ini. sekarang najwa jer. Kadang2 ada jugak promoter yang guna nama ini untuk panggil aku. Jeles bini aku. Hahahaha..
Mohd Lotfi bin Lokman – panggilan ayah atau mak ketika kejut bangun solat subuh, mandi, buat kerja setelah panggilan nama biasa tiada jawapan.. keskeskes..

Jadi anda bolehlah memilih untuk masuk dalam kategori mana2 yang tersebut di atas.

HarapanDi kesempatan ini aku juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ayah dan mak kerana menamakan aku dengan mohd lotfi sebab dalam kebanyakan kes di sekolah, aku tak akan duduk dihadapan sebab huruf namaku bermula dengan M. Khusus untuk oral exam like BM n English. Aku akan kena hari kedua. Juga exam Quran, aku kena hari kedua. Sebelum itu, bolehlah bertanyakan kaifiat peperiksaan kepada kawan2..

p/s : aku mengidam nak makan biskut jagung!!! ada sesiapa boleh kirimkan tak? bestnya biskut jagung, cicah air nescafe! perghhh!!!

next utk ditagggggg....

1. mr azfar
2. nfifhm aka kak ina
3. mia aka miacakehouse
4. zilzal
5. nusrahhaziqah

ah, per lagi? buatlah seperti yang termaktub...

buat dohh hok kene tag tuh....hehehe Fri 16-May-2008 13:01
Posted by:k.inaa  - [Link]
patutla takmboh balik mesia..ceh..weih..tukar la link blog aku tuh..aku pakai add lain plok... http://ameblaxc.blogspot.com/ Sat 17-May-2008 01:02
Posted by:aMe buRn burnxv@yahoo.com
Salam.
Walaupun ramai org sokong Man U namun saya tetap penyokong setia Kotabaru United dari dulu hingga kini


http://syakirzainol.fotopages.com
http://tintacreativekl.fotopages.com
http://syakirzainol.blogspot.com
Sat 17-May-2008 06:02
Posted by:syakir zainol syakir.zainol@gmail.com  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Saturday, 10-May-2008 20:25 Email | Share | | Bookmark
Gelagat si kecik "The Extremist Samooly"


The Samooly returns
orang kat sini panggil waseem samooli, maknanya roti kecil yang digunakan utk makan kebab..sebab dia memang macam roti kebab! hahaha.. marah! marah! takkanlah nak marah bapak nko sendiri..hahaha..

Hari Ibu Sekampung
Aku sebenarnya tak taw sangat bila hari ibu ni. Sebabnya ialah aku ni seorang lelaki. Mana pentingkan perkara yang tak penting dan remeh temeh seperti hari ibu, hari bapak, hari makan, hari tidur dan banyak lagi hari yang akan direka untuk memenuhi tuntutan 365 hari setahun. Tapi selepas aku mendapat isteri yang mana merangkap seorang ibu, aku terpaksa abaikan bahawa aku ni seorang lelaki yang tak pentingkan hari-hari tersebut. Entry sebelum2 ni pun aku dah dedikasikan sajak aku pada ibu yang tercinta di Negeri Terengganu. Kali ini, aku tergolong dalam golongan manusia moden yang mana perangainya akan berubah apabila mempunyai isteri. Ibu bukan lagi tergolong dalam ranking nombor satu, tetapi keluarga sendiri adalah perkara utama yang harus disetelkan dulu barulah ingat kepada ibu sendiri. Kenyataan yang mak lemparkan suatu masa dahulu semasa aku mula2 kahwin adalah benar dan terang lagi bersuluh kini. Mak kata : "Bila Pi dah kahwin, hubungan kita bukanlah lagi seperti hubungan anak dan mak yang dahulu. Pasti akan ada jurang yang memisahkan antara kita. Walaupun kita tidak bergaduh, tetapi kita tetap tak akan rapat seperti dahulu." Benar kata-kata mak itu. Tapi Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Kuasa. Ditariknya nikmat dari satu bahagian, dikurniakan nikmat yang lain dari satu bahagian. Antara nikmat-nikmat yang telah ditarik oleh ibu aku adalah kehilangan seorang anak yang telah beralih arah menyintai isterinya lebih dari keluarga sendiri. Namun, antara nikmat yang dikurniakan Allah pada ibu aku adalah mempunyai seorang cucu lelaki yang gagah perkasa. *sebut kalimah ini* Masya Allah, Tabarakallah. Sekurang-kurangnya mak dah boleh bersembang dengan rakan-rakannya dan menyatakan bahawa perangai cucunya dah semakin lasak sekarang ini. Antara perangai lasak cucunya yang sulung ini ialah dia telah boleh membawa kereta bapanya. Gambar di bawah adalah bukti bagi segala percakapan mak pada rakan-rakan. Juga cucu saya sekarang ini dah pandai merayau-rayau di Tanah Haram Makkah tu (gambar sebagai bukti). Kalau dulu, ayat mak mungkin begini : bahawa anak saya yang belajar mekah tu..blablaballabalab... tapi sekarang, mak boleh tambah lagi cerita mak, anak saya yang belajar mekah, bini dia kat mekah, cucu saya yang kat mekah tuh, besan saya kat mekah tu, anak besan saya kat mekah tu, blablabalbaabb.. kan panjang jadinya cerita itu? .. janganlah marah mak, selamat hari ibu.. keskeskeskes..nanti nak dapat cucu nombor 2 pulak.. keskeskeskeskes...





Cara arab bawak kereta, ganas kan? Siap tunjuk2 lagi kat orang lain..ishh



Jubah fesyen baru.. cantik kan? Namanya jubah batik terengganu..hahahaha


anda telah di-tag! hehe sila lah buat Wed 14-May-2008 17:14
Posted by:kamel  - [Link]
aihh...bunyi mcm bakal ada ahli kuarga baru jerkkk
tahniah la yer....

ohoooo..baca entry anda kali ini membuatkan saya berasa agak bersalah dan berdosa...
tp apakan dayaku...ini la yg terbaik bole ku lakukan....huhuhu
terima kasih pada entry ini
Thu 15-May-2008 07:16
Posted by:<idida aka ummu nafisa>  - [Link]
waseem dh becarrr...makin comeyy.. Fri 16-May-2008 07:44
Posted by:~izzasaiful@putrajaya~  - [Link]
View all 9 comments Add comment


Wednesday, 7-May-2008 21:32 Email | Share | | Bookmark
The University dan zionism

The University
Gambar2 diambil ketika perjalanan menuju ke padang bola di suatu petang yang hening. Cuaca dengan berkeadaan 30-34 darjah celcius amat memeritkan. Kami hanya beriadah pada petang rabu memandangkan pada hari lain, masing2 mempunyai aktiviti dan kelas. Gambar pertama di bawah ini adalah gambar waseem ketika di south mall jeddah. Selesai aku solat, melihat dia berjalan menuju ke rehal dan terus bukak lembaran mashaf itu. Click! Gambar diambil.

Pemandangan sekitar universiti bukanlah sangat menarik untuk dijadikan subjek. Hanya beberapa tempat sahaja yang aku anggarkan tiada di negeri masing2, aku abadikannya di dalam sebuah potret indah. Contoh yang kedapatan di dalam gambar ini seperti sebuah kereta merah yang mana jika Encik Yunus seorang pekerja tetap Puspakom melihat akan terus menutup matanya dan mengalih pandangan ke arah lain. Bukan sangat menghina tetapi kereta itu sebenarnya terlalu antik untuk diguna pakai oleh pemandunya. Hidayat yang kebetulannya aku terjumpa ketika sama2 menuju ke padang bola menawarkan dirinya untuk menjadi model sambilan. Aku suka gambar yang diambil di pintu bangunan universiti, seolah2 kami berada di Turkey.

The Zionist
Aku tertanya-tanya mengenai kenyataan bekas perdana menteri Israel ketika ditanya bagaimanakah Umat Islam boleh mengalahkan Israel? Jawapannya : "Islam itu akan mengalahkan bangsa Israel bilamana bilangan jemaah masjid pada waktu subuh seperti bilangan orang Islam di dalam disko pada waktu yang sama." Simple tapi penuh simbolik dan makna balaghiah yang tinggi.

Malu tak? Mana ada malu. Malaslah pagi2 bangun ke masjid. Baik solat di rumah jer.. Itupun kalau tak line7 @ subuh gajah @ tak payah solatlah. Tapi nabi mengisyaratkan bahawa solat subuh berjemaah itu lebih baik dari dunia dan isinya (mafhum hadis). Cubalah wahai rakan2 sekalian, solat subuh berjemaah. Aku pun berusaha jugak ni. Memang hari pertama teramatlah malasnya.. Tapi terus mencuba.. dan mencuba.. akhirnya selamat mencuba!!

Pendakwah dan filem
80% rakyat Amerika tidak mempunyai passport. Fakta atau Auta? Bagaimana mereka mengetahui mengenai dunia luar tanpa keluar daripada negara mereka? Jawapannya sudah tentu internet dan juga Television. Mereka mengetahui dunia Islam sebahagian besarnya hanya dari television. Holywood merupakan tempat lahirnya segala maklumat yang diperlukan di dalam dunia amerika untuk mereka menatapi dunia luar dari negara mereka. Bermula semenjak 1853, industri perfileman terus mekar mengembang ke seluruh pelusuk dunia di bawah tajaan hollywood. Zionist mengambil peranan untuk memberi impak yang lebih maksima kepada umat islam via filem. Antara filem2 yang menggambarkan kekeliruan terhadap Islam adalah filem Indiana Jones, In Hell, kartun animasi Aladdin dan pelbagai lagi filem yang secara terangnya menghina Islam secara sedar atau tidak sedar. Apakah peranan pendakwah Islam pada hari ini? Menyewa lori dan pergi dari rumah ke sebuah rumah untuk mengambil television mereka? Atau menghabiskan berpuluh juta ringgit untuk membuat filem alternatif yang lain menyaingi filem2 dari hollywood? (tengok CUCI pun aku rasa kita jauh lagi dalam perkara ini). Atau membeli mancis dan minyak gas di kedai Pok Su dan membakar stesen tv yang ada pada hari ini? Rata2 filem yang dibuat oleh Hollywood memberi kesan pada masyarakat yang menontonnya. Benar kan? Lihat saja filem Die Hard 4.0, Rambo 4 dan filem kezaliman tentera Jerman terhadap Yahudi. Benar2 menyayat hati. Jika yahudi yang dikejami oleh Hitler dapat membuat filem yang begitu menyentuh perasaan, kenapa kita sebagai umat Islam tak dapat menyalurkan keganasan yang telah menimpa umat kita sejak beratus tahun dahulu? -sekadar pandangan peribadi.


















Rest pataya tu ade dekat asia rest. Dari madinah road, masuk sary street. Kat asia rest traffic light, masuk kanan. Pastu dalam 500 meter kot, ade la pattaya rest tu kat sebelah kiri.. Corner Lot. Best ooo dia punya tomyam. Lgi best kot dari Asia Rest.

Tenkiu dan doakan k ina selamat semuanya..
Thu 8-May-2008 21:40
Posted by:naa  - [Link]
Salam ziarah, salam perkenalan dari saya, Firdaus Fri 9-May-2008 02:57
Posted by:Firdaus™  - [Link]
Assalamualaikum.. 1st time visit yr page... Sun 11-May-2008 09:31
Posted by:nurleeta nurleeta@yahoo.com
Add comment


Saturday, 3-May-2008 03:03 Email | Share | | Bookmark
aku pon tak paham kenapa diorang jadi camni??

diambil dari http://www.banyaknyesongeh.blogspot.com/



boleh tahan orang malaysia ek?

kalaulah mekah buat camni jugak kan bagus time tawaf tu.. semua freeze. senang aku nak pergi cium hajaratul aswad 18 kali pon takper.

bila dan dimana nie.
gmbr tag tu best.
Tue 6-May-2008 12:00
Posted by:cak  - [Link]
Assalamualaikum, saya dapat e-mail add ni dari uncle Zack di kg bharu.
ingin bekawan dan berkenalan.
Wed 7-May-2008 10:52
Posted by:mohd nizam nordin k_pearl13@yahoo.com
bilalah nak update ni???? Wed 7-May-2008 13:20
Posted by:big mama  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Thursday, 1-May-2008 13:38 Email | Share | | Bookmark
happy birthday to najwa *second edition*













surprise? unexpected? terkejut? tak terjangka? tak tercapai dek akalmu? fujaah? apa sahaja bahasa yang menggambarkan sesuatu yang tidak dijangka atau terkejut.. Hakikatnya seorang wanita@perempuan memang gemarkan sesuatu yang mengejutkan untuk mereka. Tak gitu puan2?Aku ni lelaki yang bendul sebenarnya. Tak sensitif langsung pada sesuatu yang bersifat terlalu remeh.Seorang perempuan gemarkan *lelaki (aku gunapakai perkataan lelaki terpulang pada anggapan masing2 yang mungkin ada menyifatkan boiprennya) yang memberi perhatian pada dirinya. Perhatian tersebut tidak semestinya ditunjukkan secara 'direct', 'indirect' pun sudah memadai. Contoh perhatian seperti apabila seorang lelaki pulang dari pejabat, atau kerjanya, beliau duduk dengan isteri dan berbual-bual mesra sambil makan atau berbuat apa sahaja di dalam rutin seharian. Mereka akan menceritakan pendapat mereka di samping ingin mengetahui apa yang kita buat di luar sana tanpa mereka di sisi kita. Sebahagian yang lain pula gemarkan lelaki selalu memujinya dan melemparkan sekuntum senyuman yang amat diidam-idamkan di dalam apa jua keadaan samada tenang atau kritikal. Di sudut yang lain, mereka amat merindui suatu kejutan yang dibuat oleh pasangannya. Niat mereka adalah supaya lelaki itu hanya meletakkan mereka sebagai subjek utama di fikiran dan bukannya benda lain seperti hal rakan-rakan atau pasukan Manchester United yang bakal bertemu Chelsea di final EPL. Sesungguhnya niat murni seorang wanita itu kadangkala disalah anggap oleh lelaki dan tercetuslah pelbagai masalah yang mengeruhkan sesuatu hubungan. Lelaki sesungguhnya mempunyai dunianya yang tersendiri samada sebelum berkahwin atau selepas berkahwin. Mereka kasih kepada perempuan itu, namun sikap matang dan berfikiran melepasi dinding kabur seorang wanita itu membuatkan seolah-olah diri mereka itu dingin. Wanita yang selalunya bersifat 'straight-forward' amat tidak menyenangi sikap seorang lelaki itu. Masalah inilah yang selalu melanda sebahagian besar pasangan manusia yang telah diciptakan Allah secara fitriahnya berpasang-pasangan. Apabila seorang lelaki itu merendahkan sayap keegoannya, maka lahirlah sebuah kebahagiaan yang diigau-igaukan oleh seorang wanita. Mereka amat mementingkan lelaki itu menyayanginya melebihi segala-galanya dalam dunia ini. Walaupun mereka sendiri tidak berupaya memenuhi kehendak seorang lelaki untuk melihat mereka sebagaimana lelaki itu melihat wanita lain. Kadang-kadang wanita ini tidak sedar apabila mereka memicit ubat gigi dari bahagian tengah akan menyalahi undang-undang seorang lelaki yang selalu terpaksa membetulkan ubat gigi itu supaya diguna-pakai dari bawah dan bukannya tengah yang menyebabkan ubat gigi itu kelihatan tidak cantik. Perkara ini pun perempuan tak boleh fikir, apatah lagi menyelami hati dan perasaan seorang lelaki yang ibaratnya seperti keropok keping, apabila diletakkan di dalam minyak yang panas, senang dimamah dan sedap dimakan sambil cicah sos cili pedas.

Artikel di atas sebenarnya nak memberitahu bahawa aku dan madam zalilah telah berpakat untuk mengadakan keraian harijadi najwa yang ke20. Madam mencadangkan makan malam itu dibuat di Chilis restaurant, Jeddah. Dia nak sponsor. Aku jawab laju 'yes madam!'.. Sesampai malam itu, kami makan2 dan aku menonton perlawanan Man U vs Barca berkeputusan Man U menang 1-0. Selesai makan, madam yang begitu peka terhadap naluri seorang wanita sebab dia pun perempuan telah meng'inform'kan si pelayan yang hari ini genaplah umur najwa 20 tahun dan boleh tak datangkan kek kepada kami di dalam loghat US yang maha pekat sehingga aku pun tak paham. Sedang kami bersiap-siap untuk pulang, tiba-tiba... datanglah si pelayan-pelayan membawa sepinggan kek seperti yang anda dapat saksikan di dalam gambar dengan menyanyikan lagu 'hepi besday 2 u' versi arab+keling. Cuma aku tak puashati mengenai lilin yang diletakkan di atas kek itu (masing2 ada pendapat sendiri).Najwa terpinga-pinga dan menjerit kesukaan!~ Hakikatnya wanita memang sukakan kejutan. 'Thanx for' madam yang banyak memberi idea dan sokongan.. sepanjang perjalanan balik dan sehingga dia melihat gambar ini masih keluar lagi cerita perasaan dia malam tu..


najwa..u've been tag!!~ Mon 5-May-2008 01:43
Posted by:mia miacakehouse@yahoo.com  - [Link]
eerk pelik..org2 'arab' pun celebrate hari jadi???siap ada lilin..actually it is not harijadi but hari lahir..~niat menghalalkan cara~ Tue 6-May-2008 07:03
Posted by:min
~hepPy b3lated besday najwa!~
may Allah sprinkles His blessings over u n ur fam...
Tue 13-May-2008 17:46
Posted by:dba
View all 9 comments Add comment


Tuesday, 29-Apr-2008 22:07 Email | Share | | Bookmark
happy birthday to Najwa aka mama waseem

braper banyak hari lahir daa utk entry kali ni.. letih upload gambor... adoi...



-Muzdalifah, 29 april 2008 makkah almukarramah

exiff data :
Quote:

-2.OEV
ISO 64
F2.8




-sg tiang, kedah, malaysia


a'kum,
terima kasih....u ada dkt mana skrg...u ke yg htr comment dkt i..
baru balik dr umrah juga ke...i pun sama juga, cuma awal sikit dr u all.

selamat b'kenalan.
Wed 30-Apr-2008 20:40
Posted by:hayatiasriz
hepi besday to mama waseem. saya tak dpt tgok gambar sbb gambarnya tak kuar ler. u ni duk makkah ye, study ker? bertuahnya dpt duduk di sana. sayapun ada niat nak ke sana, mudah2an dimakbulkan Allah swt. t.q 4 visiting my fp & selamat berkenalan .
p/s: promotla kicap habhal kat dubai ni, kitorang makan kicap indon jerk kat sini .
Thu 1-May-2008 04:19
Posted by:zaiy  - [Link]
mama waseem lagi muda dari sayer?? ish x aci... bila nak balik malaysia..tolongla belikan brg2 dari sana... happy belated birthday najwa...hehe Fri 9-May-2008 14:21
Posted by:izzati  - [Link]
View all 15 comments Add comment


Sunday, 27-Apr-2008 12:26 Email | Share | | Bookmark
d latest waseem

potret kehidupan
senyum itu sedekah
saya dan berus gigi
View all 4 photos...






aku malas nak tulis apa2 dah... sebab kalau tulis citer panjang2 nanti nawi komplen plak. Dia kata kat fotopages ni letak gambar dahlah.. kalau nak tulis panjang2 baik buat blog.. hampeh!

neway aku sebenarnya dah ada blog sendiri. Tapi tak isi jer.. jugak telah cuba berpindah ke flickr.. address.. carilah sendiri..

pak cik, esok you tolong gi tesco ker...jusco ker....giant ker...cold storage ker....hmmm..pasaraya jimat pun buleh...

buleh apa ?

buleh belikan tooth brush untuk baby kecik nyer tuuuuu...

kecian baby nak brush teeth gun atooth brush besar cam kapak tuuuuuuu...nanti luka gusi dia...

dah pakcik, tukar kain tu dengan seluar, ambik kunci keter ...beli sekarang JUGAK !

Mon 28-Apr-2008 18:13
Posted by:salleharon  - [Link]
alahai baby waseem yg sgt cumil sgt2.. Wed 30-Apr-2008 01:46
Posted by:mia miacakehouse@yahoo.com  - [Link]
waseem pakai ubat gigi apa ha? Fri 2-May-2008 15:19
Posted by:Awangje  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Wednesday, 23-Apr-2008 23:03 Email | Share | | Bookmark
selamat hari lahir lagi utk anak ketiga family Lokman n Laily

nur athirah lokman
suker gop ambik gambor
waseem dan jubah
View all 9 photos...


namanya Nur Athirah bt Lokman. Umo sebenarnya aku pun tak ingat baper.. lebih kurang 15 tahun kot.. tahap baligh seorang kanak2 lelaki.. huhuhu..
Kami sefamily panggil dia kak cik. Dia suka duduk rumah membuat halnya sendiri. Berbeza dengan kakaknya yang kat bawah ni. Tapi tolong jangan kacau apa yang dia sedang buat, nahaslah jawabnya. Tendangan taekwondonya selalu diuji atas aku. Yelah, selaku abang sulung takkan aku nak balas balik. Mesti buat macho macam tak sakit gitu. Tapi hakikatnya memang Allah saja yang tahu. Antara perkara yang menarik tentang diri dia ialah dia amat mencintai cerita bahasa cina, korea dan jepun. Perasan dirinya seorang cina yang terlupa keturunan melayu. Binatang peliharaan kesayangannya ialah sepangcebob. Perkara lain yang membuatkan dia lain dari orang lain ialah bahasa terengganunya yang pekat. Contoh penggunaan bahasa terengganu yang telah diaplikasikannya ialah pada penggunaan bahasa sms. Memang sukar untuk memahami perkataan yang telah ditaip olehnya di dalam bahasa sms. Berikut contoh perkataan yang kemungkinan besar orang luar dari negeri terengganu sukar untuk memahaminya :

owk = kan?
tekpom = lagipun
bampi = abang Pi (panggilan utk aku)
ce = cuba
wase= berasa

itu adalah contoh2 kecil penggunaan bahasa terengganu yang lain dari yang lain sehinggakan mak aku sendiri pun tak paham apa yang dia tulis. Tapi itu dululah sebelom dia keluar dari kepompong negeri terengganu. Sekarang dia sedang belajar di Sekolah asrama penuh di Rembau, Negeri Sembilan. Kemungkinan besar loghatnya telah bertukar kepada loghat nogori. Mungkin? Beliau juga amat meminati komik seperti starz, gempak dan majalah3 merapu yang pernah aku baca suatu masa dulu... sempena hari lahirnya pada 24 april ini, aku mendedikasikan thread ini padanya sebagai pengganti diri dan kad ucapan. Hadiah, macam kak na jugaklah..










p/s: MU skadar seri jer dengan Barcelona..hampeh sungguh...

ربي لا تحرمني منك00 يا ولدي Sat 26-Apr-2008 23:32
Posted by:najwa na5wa@yahoo.com  - [Link]
waaaa hensomnyer waseeeem... Sun 27-Apr-2008 18:04
Posted by:iz  - [Link]
bampi, umur k.cik namblas. bukn 5blas, k.cik skol kat smTEKNIK kat rembau.
skol 2 bukn asrama yerk.

nyway, thanks a lot.

maser bampi kol aritu, xleh akat cz ngoh prep.



Sat 3-May-2008 05:11
Posted by:kakchik. athirahlokman@yahoo.com
View all 7 comments Add comment


Monday, 21-Apr-2008 16:19 Email | Share | | Bookmark
*special kes*

cik nurLina bte Lokman


Quote:
Hari ni sebenarnya mood aku tak elok. Aku malas nak pergi kelas. Aku nak buat hobi utama aku iaitu tidor. Baru nak layan lentok, tiba2 telefon berbunyi! Trut..trut..truutt... Aku angkat tepon tu, Tiba2...


... Macam karangan darjah 5 pulak. Nama yang tertera buat miss call ialah mad Chenok. Member sekelas aku. Henpon takde kredit, duit kat tangan ada 3 riyal. Kena pergi cucuk bank dulu, baru boleh beli kredit, baru boleh tepon mad chenok bagitau aku malas nak pergi kelas hari ni. Start kereta, aku bawak sebatang pen sebagai peneman untuk pergi cucuk ATM dengan niat nak tepon mad chenok. Tapi aku dah mandi pagi tadi, lepas solat subuh. Maknanya aku ke kelas pun takper. Mata mengantuk lagi ni. Drive slow2, pasang cd player, dengar ghamidi baca surah anNaml mendayu-dayu di kala mata berat nak bukak ni. Ntah berapa kali dia asyik ulang baca surah yang sama. Ialah setiap kali start kereta dan bukak cd player, dia akan mula dari awal. Jadinya tak pernah habislah syeikh alghamidi ni baca surah anNaml ni...

.. Jarum jam yang tertera di O2 menunjukkan pukul 8.06 am bermakna aku telah lewat sebanyak 6 minit untuk ke kelas. Hari ni kelas Dr Attar utk subject syair dan Dr AlQurashi untuk nahu. Dah ponteng 2 kali ni. Nak pergi, mengantuk mata. Kalau tak pergi, jadi ponteng 3 kali. Ish.. berat sungguh hati ni nak pergi. Takperlah, cucuk duit dulu. Sampai di mesin ATM, tertera tulisan dalam bahasa alquran "Maaf mesin ni rosak. Anda boleh blah dan try cari mesin ATM yang lain yer." Aku start kereta dan terus blah menuju ke universiti dengan tanpa ada niat untuk menghadiri kelas hari ini...

... Masuk ke kelas, lambat 20 minit. Time aku sampai kebetulan Dr tengah sebut nama aku, terus aku jawab : ada! Selamat.. Maka bermulalah pelajaran hari ini iaitu "Syair Romansi". Pernah dengar apa itu syair romansi? Ada kena mengena dengan romantik ke? Atau kena mengena dengan rokok Rothmans? Syair romansi adalah merupakan salah satu cabang seni dalam dunia syair yang mempunyai nilai seninya tersendiri. Antara penyair yang masyur dalam syair romansi ini ialah 'Laila&Majnun (qais)". Tapi apa yang aku pelajari hari ini adalah mengenai seorang penyair dari Egypt bernama Matran. Secara kesimpulannya apa yang diceritakan di dalam syairnya adalah mengenai perasaan sedih yang dialaminya setelah ditinggalkan berjauhan dengan kekasih hatinya.. wah! Boleh tahan romantik jugak arab ni.

.. Matran ini pergi berjumpa dengan doktor untuk merawat sakitnya, namun doktor tersebut tidak menemui apa2 kesakitan di jasadnya. Setelah diperiksa berkali2, barulah doktor ini menyedari bahawa bukan jasad Matran ini yang sakit, tetapi akal dan perasaannya yang sakit. Doktor tersebut telah menasihati Matran supaya mengambil sedikit masa duduk dan release tension di sebuah pantai di Iskandariah. Setelah membayar harga perkhidmatan doktor tersebut, Matran pun telah menaiki keretapi bawah tanah dan menuju terus ke Iskandariah ( aku tipu jer, mana ada keretapi bawah tanah masa tu ) . Setelah sampai di pantai Iskandariah, beliau telah terpaku melihat keindahan pantai dan panorama yang sungguh mengasyikkan. Ombah berbuih putih memukul pantai, Desiran pepasir menyapa telinga, menjadi irama yang sungguh menghiburkan juga langit yang kekuning-kuningan membayangi laut menjadikan pemandanga sungguh menakjubkan. Sayang sungguh kata Matran sebab aku tak bawak NikonD40 aku. Kalau tak mesti boleh hantar kat forum CS untuk tatapan forumer disitu. Hehehe.. tambahan.

... Namun hatinya masih lagi sedih dan tak dapat diubati dengan keindahan ciptaan Allah Tabaraka wata3la. Beliau telah menciptakan sebuah bait2 syair yang dianggapnya mampu menandingi novel ayat2 cinta dan bila cinta bertasbih. Berikut adalah terjemahannya yang telah diterjemahkan oleh penulis cerita ini yang asalnya tak mahu pergi kelas pagi tadi..

Berkata Matran :

Aku mengadu kepadamu laut tentang hatiku yang bergelora,
Lalu laut itu menjawab padaku dengan anginnya yang meyapa...
Menghempaskan ombaknya pada bebatu tanpa jawapan,
Ku harapkan hatiku seperti bebatu yang tidak terkesan akibat hempasan...
Deruan ombak yang bergelora seperti hatiku yang kini dilanda kesakitan,
Menyempitkan hatiku yang sememangnya terluka.
Aku melihat kepada kejadian dihadapanku semuanya hitam,
Terbit dari mataku sehingga menyelubungi ...
Wahai matahari yang tenggelam,
engkaulah tangisan bagi si perindu..
Engkau juga pengajaran bagi si pelihat..
Bolehkah malam tidak mengejari siang supaya ku terus hidup dalam cahayamu...

...Apa pendapat anda? Susah sket sebenarnya nak terjemah bahasa melayu ni. Kata matran. Sebab itu dia buat dalam bahasa arab. Tapi apapun yang penting si Matran ini memang sedang kesakitan rindu yang amat sangat.. Dr Attar memberi contoh tentang seorang yang kesedihan melihat matahari yang sama dengan pandangan yang sedih. Manakalah seorang yang gembira melihat matahari dengan pandangan yang gembira dan tidak sama dengan si kesedihan.. Begitu juga kemanisan pekahwinan pada awalnya tidak sama dengan detik yang dilalui selepas setahun perkahwinan itu. Oleh sebab Allah telah mengetahui tentang hakikat itu, maka Allah telah menciptakan pada manusia anak yang menghubungkan dan mengukuhkan kembali jalinan kasih tersebut.. Begitulah olah dan syarahan Dr Attar pada hari ini yang sempat aku tulis.

Kesimpulannya, kalau tak mahu pergi kelas, jangan start kereta di pagi hari.

Enty kali ini aku dedikasikan khas buat adik NurLina Bt Lokman yang tersayang kini berada jauh di mata dekat di jantung. Dengan ucapan 20 tu dah masuk peringkat orang tua.. Pandai2lah berfikir mana yang baik dan mana yang buruk. Sebagai permulaan umor 20, Bampi tak bagi hadiahlah..hahaha.. Ketawa riang! ketawa riang!

salam, insya allah.. nur semakin sembuh dah ni...
tersenyum2 saya membaca coretan u ni.. rindu-merindu ye... anyway... jgn malas2 pegi kelas tau... rugi.....
happy belated birthday to ur sis ya... cik na...
Wed 23-Apr-2008 08:59
Posted by:Big Mamma Bukhari aka ati itawaizurfosuy3479@yahoo.com  - [Link]
salam.. software biasa2 je. photoshop x reti nak pakai.. yg tu sy edit guna (Photo Scap) blh download dkt http://www.topshareware.com/photo-scap/downloads/1.htm

SELAMAT MENCUBA..!!
Wed 23-Apr-2008 15:34
Posted by:Fiziah
assalamualaikum
eh comel lotey cucu pak mang n cigu laili ni,geram amber tgk...tapi geram tgk anok orangg wat mender.Kalu dop silap amber cicit yang pertama bagi wan.. ke salah ek rasa2 betul doh weh!Rasa2 mung masak mender woi..ok lah amber berundur diri dulu salam manis untuk warga mekoh!
Sat 17-May-2008 13:58
Posted by:sepalola2008 sepalola2008@yahoo.com
View all 6 comments Add comment


Friday, 18-Apr-2008 06:50 Email | Share | | Bookmark
road to taif

model kecil
graffiti decorations
nak!
View all 11 photos...








budak ni baru boleh berjalan... seornok bukan mainlah dia.. kehulu-kehilir.. mengusung rakan seperjuangannya iaitu sang sudu! Baru2 ni kami berkesempatan untuk ke taif lagi.. Ini kali kedua aku ke Taif. Nak pergi kereta sendiri, bukan tak boleh, tapi kena tolak kot.. jalan tinggi sangat. Taif ni terletak kira-kira 130km dari bandaraya Makkah. Terletak di atas bukit yang tinggi memuncak. Taif ini seperti Genting Highland atau Cameron Highland kalau kat malaysia. Bertepatan dengan cuaca panas dan cuti sekolah selama seminggu, banyak kaum arab yang berkunjung ke sini. Di sini juga terdapat banyak chalet dan rumah rehat yang menyediakan perkhidmatan percutian yang memuaskan. Ada fun fair, ada kolam renang, dan banyak lagi tempat dan pemandangan yang menarik untuk anda kunjungi. Akan tetapi sayang seribu kali sayang, bagi mereka yang mengerjakan umrah menggunakan visa umrah atau haji, anda sama sekali dilarang untuk pergi ke Taif ini. Hanya mereka yang menggunakan visa ziarah sahaja boleh berbuat demikian. Mengikut sejarahnya Taif ini adalah tempat di mana Nabi S.A.W telah berdakwah namun tiada seorang pun penduduknya yang menerima Islam. Malahan Nabi S.A.W telah dihina dan dilempari dengan batu. Sehinggakan Malaikat meminta izin kepada nabi untuk melemparkan gunung-ganang di sekitar Taif ke atas penduduknya. Namun sifat kesabaran nabi terserlah dengan menidakkan permintaan malaikat tersebut. Nabi pula mendoakan supaya anak cucu penduduk taif akan masuk Islam dan bakal menjadi pejuang untuk agama Islam. Tidak lama selepas itu apa yang nabi doakan telah dimakbulkan Allah dan muncullah para pejuang agama Allah dari kalangan keturunan penduduk Taif. Sekembalinya Nabi dari Taif, dalam perjalanan pulang, nabi berehat di sebuah kebun dan seorang hamba sahaya beragama Nasrani telah memeluk Islam apabila sahaja melihat Nabi S.A.W... Kesimpulannya perjalanan jauh Nabi S.A.W hanya berjaya mengislamkan seorang hamba sahaya.. Namun perjalanan itulah yang telah membuatkan Islam kuat dan kukuh sehingga ke hari ini. Aku karang cerita ni pun tanpa merujuk pada mana2 buku sejarah. Semuanya atas daya ingatan aku yang semakin kurang ni. Aku cuma mengingati sedikit kisahnya kesan dari bacaan buku yang ditulis oleh HAMKA. Terima kasih HAMKA, kalau tidak masakan aku boleh tulis serba sedikit sejarah tentang Taif, kecuali selepas membelek buku sirah nabawi. Kami pergi berkelah di sana dan pulang pada malam harinya. Entry di bawah ni adalah beberapa gambar yang diambil ketika aku dan rakan2 bekerja dengan UPM dan FAMA yang telah mendapat bantuan dari MATRADE. Beberapa orang profesor dari UPM seperti Prof Jinap, Prof Roslina, Prof Nasir dan Prof Rosli telah ditugaskan untuk membuat survey tentang market makanan di Saudi. Mereka telah membuat survey di beberapa buah negara yang lain termasuk London, Amsterdam dan Dubai. Destinasi terakhir mereka adalah di Saudi. Untuk melicinkan program tersebut, mereka memerlukan bantuan beberapa orang pelajar sebagai penterjemah dan pembantu mereka. Dengan kata lain mereka memerlukan pekerja dan kuli untuk menjayakan projek tersebut. Hari pertama kami diberi taklimat, aku dah mula merasakan kami akan berdepan dengan kerja yang teramat sukar. Kami bukan sahaja bekerja sebagai penterjemah, tetapi lebih kepada promoter. Seperti yang anda boleh saksikan di mana2 supermarket. Alamak! Aku kalau pergi supermarket, kalau ada orang panggil, "bang, kami ada produk yang baik untuk abang, boleh abang tengok.. blabla.." Konpem aku lari punya. Menyibuk jer promoter ni. Dahlah aku ada banyak menda nak beli. Parking kereta pun bukan free. Bayar ikut jam. Tup-tup! aku yang kena bekerja sebagai promoter. Satu kerjaya yang amat mencabar minda dan fikiran serta maruah. Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama dipimpin oleh Mad Chenok dan kumpulan kedua dipimpin oleh Din. Aku termasuk kumpulan kedua. Kami dikehendaki menjalankan survey di 2 hypermarket terkenal di Jeddah iaitu di Panda dan di Danube, Red Sea Mall. Waktu bekerja adalah bermula dari pukul 4 ptg dan berakhir sehingga 12 malam. Antara barangan yang dipromote adalah cip ubi kayu, jem nanas, roselle, kaya, belimbing, coklat tiramisu dan dazzle, butter cookies dan ginger cookies, air anggerek, jus buah2an,sos cili dan kuih sesame. Hari pertama, kami dimarahi dengan teruk oleh Prof Jinap yang merupakan ketua pengarah program. Berumur di dalam lingkungan 60-an dan merupakan dekan bagi fakulti Sains dan Teknologi Makanan Universiti Putra Malaysia. Kalau tupperware tak ditutup, kami kena marah, lambat panggil orang, kami kena marah, potong roti lambat, kami kena marah, tulis tak betul, kami kena marah, budak2 ambil coklat lebih, kami kena marah, memang terlampau strict dan 'menyekit' kata orang terengganu. Beliau ingin habiskan borang survey sebanyak 1000 keping secepat mungkin. Anda bayangkan bagaimana kami nak habiskan borang tu sedangkan ini kali pertama kami bekerja dan terus jadi promoter. betapa tebalnya muka kami bila memanggil orang, depa buat tak taw jer.. Ada yang aweks2 gelak bila aku cakap arab. Sabar, sabar. Kebanyakan pengunjung adalah terdiri dari rakyat Palestin dan Syria. Ish.. memang cantik dan hensem sungguh diorang ni. Itulah semangat bekerja kami. Hehehe... Hari pertama gagal! Balik ke Makkah sampai dalam pukul 3,4 pagi. Esok bekerja lagi. Sehinggalah hari ke 6 kami bekerja yang merupakan hari terakhir kami. Segalanya berubah. Prof Jinap bukanlah seorang yang disangkakan. Beliau sendiri mengakui bahawa beliau terpaksa bersifat strict untuk menjaga statusnya sebagai seorang dekan. Beliau juga ingin melatih kami supaya mendapat pengalaman bekerja sebagai orang bawahan. Bagaimana melatih sikap respect terhadap ketua, kerjasama, dan berganding bahu untuk menjayakan misi dan matlamat. Beliau juga sempat memuji kami yang agak lancar berbahasa inggeris dan arab sudah tentunya. Pengalaman selama seminggu sememangnya memberi manfaat yang banyak kepada kami sebagai penuntut bahasa di Saudi ini. Penat lelah kami juga berbayar dan bukan free semata2.. sehingga ke akhir hari bekerja kami.. kami merasakan seronok dan mendapat ilmu yang tak dapat dibeli mahupun dipelajari di sekolah. oke, selamat menempuhi alam peperiksaan yang bakal tiba tak lama lagi.. wassalm.

gambar waseem buat kak kamel jatuh..
tersembam..
tak bleh bangun..


jatuh chenta?
hahahhaa. serius. ada bakat jadi pencurik hati no.1 waseem neh!
Tue 22-Apr-2008 20:45
Posted by:kamel  - [Link]
kesiann org yg keje salesman ni.
selalunya dorang bukan nak pun buat keje tu
tapi terpaksa. sebab kadang2 takde pilihan.
sebab tu rasa bersalah kalo main blah je time mereka2 ni tgh semangat promote
koman2 pun kasi je senyum sedekah sket
biarpun nampak begitu plastik
hehe
cayok2 ex-salesman!
Tue 22-Apr-2008 20:57
Posted by:kamel  - [Link]
Ishhh ni gambar kat mekah ngan madinah ke?? bestnya.. Wed 23-Apr-2008 11:10
Posted by:nanba  - [Link]
View all 4 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
;

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.