Want your
own Fotopage?








 
. . ::Lutfi najwa & waseem's world around makkah:: . .

By: Abu waseem Lokman

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 9-Jan-2006 00:00 Email | Share | Bookmark
Wukuf di Arafah bermula..

 
pakej tabung haji
kecik2 dulu selalu tengok,dah besar baru boleh amik gambo
senja di arafah
bas yang x de kat msia
snap dan disnap
Fadhilat hari Arafah

Hari Arafah mempunyai banyak kelebihan sebagaimana yang diriwayatkan di dalam hadis.

Maksud hadis daripada Nabi Muhammad S.A.W. :-

"Wukuf yang kamu lakukan pada hari Arafah, sesungguhnya Allah turun ke langit dunia (paling bawah) dan berbangga-bangga dengan kamu kepada malaikat dengan firmanNya "Hamba-hambaKu datang dari segenap pelusuk dunia yang jauh, dalam keadaan tidak terurus dan berdebu-debu tubuh mereka, semata-mata mengharapkan syurgaKu. Jika mereka datang dengan dosa sebanyak bilangan pasir, titisan hujan atau buih di lautan nescaya Aku akan menghapuskan kesemuanya. Allah berfirman : "Keluarlah kamu daripada Arafah dengan dosa yang telah diampunkan daripada kamu dan bagi sesiapa yang kamu meminta ampun untuk mereka."
Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Bazzar.

Maksud hadis :-
"Sebaik-baik doa ialah doa yang dibaca pada hari Arafah, dan sebaik-baik ucapan yang ucapkan serta nabi-nabi sebelumku ialah:

لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شئ قدير

"Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya kepujian, dan Di berkuasa ke atas setiap sesuatu"

Sunan At-Tarmizi.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4007038.ip-198-27-81.net